Translate
12 November 2024
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Bernama
12/11/2024
Pada 1 Mac lepas, Mahkamah Rayuan, menolak rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah Yong atas tuduhan merogol pembantu rumahnya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumahnya.
Panel tiga hakim diketuai Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal membenarkan lima dokumen diterima sebagai bukti tambahan, dengan menyifatkannya penting kerana ia kelihatan menunjukkan bahawa mangsa mungkin telah memberikan keterangan yang tidak benar semasa perbicaraan terhadap Yong.
"Kami menganggap ini sebagai perkara yang serius kerana sekiranya benar mangsa memberikan keterangan palsu, pemohon (Yong) akan berdepan dengan ketidakadilan yang berat," katanya.
Hakim Harmindar, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Datuk Hanipah Farikullah, kemudian mengarahkan kes dihantar semula ke Mahkamah Tinggi dan menetapkan 26 Nov ini untuk pengurusan kes.
Beliau mengarahkan Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak untuk menerima semua bukti termasuk lima dokumen terbabit serta bukti tambahan yang berkaitan dengan dokumen itu, termasuk keterangan daripada mana-mana saksi.
Hakim Harmindar turut mengarahkan Mahkamah Tinggi supaya mengesahkan bukti tambahan itu dan menyediakan kenyataan mengenai pandangan terhadap kes itu, dengan mempertimbangkan bukti baharu yang dikemukakan.
Beliau berkata sekiranya saksi dipanggil, pihak-pihak yang terlibat akan dibenarkan untuk menyoal balas mereka sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Persekutuan turut menangguhkan pendengaran rayuan Yong yang dijadual pada 25 Nov ini sementara menunggu pengesahan keterangan tambahan daripada Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon kebenaran untuk menerima satu kenyataan iaitu mangsa menarik balik keterangannya berkaitan dakwaan rogol. Beliau turut menyatakan bahawa dokumen itu menunjukkan bahawa mangsa mungkin telah melakukan kesalahan memberi keterangan palsu.
Beliau berkata kenyataan berkenaan ditandatangani di hadapan seorang peguam bernama Pathurrahman dan seorang notari bernama Hilman di Indonesia dan kesemua dokumen terbabit telah dihantar ke rumah Yong menggunakan perkhidmatan kurier pada Mei lepas.
Hisham berkata dalam kenyataannya, mangsa mendakwa dia telah memberi keterangan terhadap Yong kerana Yong enggan menamatkan kontrak pekerjaanya.
Beliau mencadangkan supaya hal berkaitan bukti baharu itu dihantar semula ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan kesahihan dokumen-dokumen terbabit.
Hakim Harmindar mengajukan soalan kepada Hisyam sama ada mangsa bersedia memberi keterangan berkaitan dokumen itu. Sebagai tindak balas, peguam kanan itu menyatakan bahawa ada kemungkinan mangsa tidak akan hadir kerana boleh ditahan atas tuduhan memberi keterangan palsu sebaik sahaja dia kembali ke Malaysia.
Timbalan Pendakwa Raya Faizal@Amrin Noor Hadi membantah permohonan itu dan mengatakan bahawa dokumen itu tidak disahkan dan hanya berdasarkan khabar angin.
Pada 1 Mac lepas, Mahkamah Rayuan, dalam keputusan berasingan, menolak rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah Yong atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia berusia 23 tahun, di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh antara 8.15 dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bagaimanapun telah mengurangkan hukuman penjara Yong dari 13 kepada lapan tahun dengan dua sebatan. Panel berkenaan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Keputusan itu mendorong Yong untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan. Yong dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL Astro Awani 05/01/2025 Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan me...
-
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam Bernama 06/01/2025 Tiada keperluan untuk amaran awam atau panik mengenai Human...
-
Perbicaraan 1MDB ditangguh lebih awal kerana Najib tidak cukup tidur Bernama 06/01/2025 Najib membela diri terhadap 25 pertuduhan termasuk e...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Nov 2024
(825)
- Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi...
- Pengerusi, CEO Kumpulan Sapura Energy letak jawatan
- Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah run...
- Kabinet setuju hukuman khidmat masyarakat kesalaha...
- 122,631 Mangsa Banjir Seluruh Negara
- Lelaki Curi Jam Rolex Telah Diberkas
- Op Khas Motosikal: 34 Penunggang Positif Dadah, 22...
- Flood: KPKM activates disaster operation room, to ...
- Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan ...
- Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - A...
- Lebih 400 kucing jalanan mungkin mati, pusat jagaa...
- Bekas jurujual didakwa pecah amanah barang kemas l...
- Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung p...
- Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang...
- Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pa...
- Flood: Youth ties drums to bed to keep ailing fath...
- Floods: No evacuation of victims in Sepang distric...
- Unreasonable for Syed Saddiq to claim ignorance ov...
- Big tech says Australia "rushed" social media ban ...
- Flood situation continues to worsen, victims excee...
- Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana p...
- Leave for all Cabinet ministers frozen - PM Anwar
- Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh denga...
- Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pe...
- 11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bers...
- Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
- Member of prominent Rothschild family found dead a...
- Manchester United 3-2 Bodø/Glimt | Europa League 2...
- Tottenham Hotspur 2-2 Roma | Europa League 24/25 M...
- PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digit...
- Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh
- Australia lulus undang-undang larang kanak-kanak g...
- Putin denies deliberately scaring Merkel with his ...
- Cabbie, two passengers met fiery end as NGV taxi c...
- US, China swap detained citizens after years of di...
- Tycoon Ananda Krishnan’s companies see slight dip ...
- 266 telco towers still not operational, exceeding ...
- Eight individuals detained on suspicion of being f...
- What you need to know about Adani US bribery indic...
- Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in co...
- 266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembila...
- KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan ko...
- Mahkamah batal permohonan Siti Bainun tangguh huku...
- Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripa...
- PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakya...
- Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Na'imah dapat ...
- Banjir bertambah buruk di Kelantan, mangsa meningk...
- SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami -...
- Suspek Dikehendaki Maut Berbalas Tembakan Di Serem...
- Rayuan Najib Ditangguh Lagi Kerana Hakim Tarik Diri
- Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
- Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes r...
- Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
- Prabowo's coalition dominate Indonesian regional e...
- Usaha Tegas Chairman Ananda Krishnan passes away
- Pemandu Grab Rugi RM500,000
- Man suspected of threatening to kill Trump arrested
- Tiga Mangsa Rentung, Kereta Terbakar Rempuh Tembok...
- 5 Premis Makanan Di Klang Kotor
- KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
- Penganggur dituduh rogol gadis bawah umur anak yat...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkait...
- Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita b...
- KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generati...
- Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran ...
- Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibu...
- Gautam Adani faces charges for securities law viol...
- Guru MIliki Ganja
- Wang KWSP Setengah Juta Ringgit "Lesap"
- Saya tengok PM 'bersilat' nak lepas perangkap send...
- Liverpool 2-0 Real Madrid | Champions League 24/25...
- 37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga se...
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
-
▼
Nov 2024
(825)