Translate

08 November 2024

Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM



Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM

Astro Awani

08/11/2024


Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota Malbatt 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.


KUALA LUMPUR: Enam orang anggota Malbatt 850 mengalami kecederaan dalam insiden letupan yang berlaku pada jam 1.54 tengahari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah.

Letupan tersebut menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut, namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12.

ATM dalam satu kenyataan memaklumkan lima anggota yang cedera adalah anggota Malbatt 850-12 yang mengalami pelbagai kecederaan ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm).

Seorang lagi yang turut mengalami kecederaan ringan ialah anggota Malbatt 850-1.

Anggota yang cedera di tangan telah dibawa ke Hospital Hamood, Saida untuk mendapatkan rawatan.

ATM akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dari masa ke semasa.

ATM juga kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED