Translate

03 November 2024

Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat



Hampir 200,000 penduduk Jepun diarah pindah akibat hujan lebat

Astro Awani

03/11/2024


Jalan di tengah kota Matsuyama dibanjiri air dari sungai yang melimpah. - Foto REUTERS


MATSUYAMA: Hampir 200,000 penduduk di Jepun digesa berpindah selepas pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan susulan hujan lebat melanda Matsuyama pada Sabtu.

Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan keadaan itu berlaku disebabkan Taufan Kong-rey, yang berubah menjadi tekanan udara rendah sehingga membawa hujan sebanyak 100 milimeter dalam masa satu jam.

Rakaman saksi turut menunjukkan kenderaan dan pejalan kaki melalui jalan-jalan yang teruk dibanjiri air.

Situasi itu turut memaksa operasi kereta api laju Shinkansen antara Tokyo dan selatan wilayah Fukuoka digantung seketika pada sebelah pagi.

Susulan itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk kekal berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh dan sungai yang melimpah.

Menurut media tempatan, sebanyak 223 kawasan di bahagian barat dan timur Jepun mencatatkan jumlah hujan tertinggi untuk bulan November.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED