Gunung Marapi Indonesia meletus
Bernama
07/11/2024
Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis, menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis dan menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.
Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis, menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara.
Penduduk setempat diminta mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 4.5 kilometer dari kawah dan berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar semasa hujan lebat.
Gunung Marapi adalah salah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Penduduk setempat diminta mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 4.5 kilometer dari kawah.
Mereka yang tinggal di sepanjang sungai yang berpunca dari lereng gunung turut dinasihatkan agar berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar semasa hujan lebat.
Gunung Marapi merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
-- BERNAMA