Translate

14 November 2024

CEO Kumpulan Encorp Berhad didakwa pecah amanah lebih RM1 juta



CEO Kumpulan Encorp Berhad didakwa pecah amanah lebih RM1 juta

Bernama

14/11/2024


Mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 dan semua syarat tambahan yang dipohon serta menetapkan sebutan semula pada 7 Jan depan. -Gambar hiasan


SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encorp Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta, tahun lepas.

Ringkasan AI

Hazurin Harun didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah lebih RM1 juta, melibatkan pembayaran kepada syarikat LMC Mining Sdn Bhd untuk penghantaran mineral yang tidak sesuai dengan tujuan asal.

Hazurin mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri ke pejabat SPRM dan menyerahkan pasport.

Kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Januari depan.

Hazurin Harun, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Hazurin didakwa melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran berjumlah RM350,000 menerusi cek Encorp Berhad kepada syarikat LMC Mining Sdn Bhd bagi penghantaran 20,000 tan metrik mineral kaolin dari sebuah tapak perlombongan di Perak secara berperingkat, sedangkan pembayaran itu sepatutnya untuk penghantaran silika kuarza pada 21 Jun 2023.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM700,000 kepada syarikat sama menerusi pindahan dalam talian ke akaun bank syarikat itu bagi tempahan dari Pelabuhan Lumut, Perak ke Nantong, China dan sewaan kapal untuk menghantar pasir silika secara berperingkat dari tapak perlombongan sama, sedangkan ia adalah untuk pembayaran penghantaran silika kuarza.

Kedua-dua kesalahan dilakukan di cawangan sebuah bank di Dataran Sunway, Petaling Jaya.

Pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan selain syarat tambahan melaporkan diri ke pejabat SPRM serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Aizul Rohan Anuar mewakili Hazurin tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin RM50,000 dan semua syarat tambahan yang dipohon serta menetapkan sebutan semula pada 7 Jan depan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED