Translate

17 August 2024

Tukang tilik bergelar 'Datuk' ditahan berhubung kes rogol



Tukang tilik bergelar 'Datuk' ditahan berhubung kes rogol

Bernama

17/08/2024
Polis menahan seorang tukang tilik dipercayai bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita dalam kejadian di Puchong, Selangor. - Foto hiasan

PUTRAJAYA: Polis menahan seorang tukang tilik dipercayai bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita dalam kejadian di Puchong, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan pada 11.15 malam semalam di Puchong.

Wan Kamarul Azran berkata mangsa membuat laporan berhubung kejadian rogol membabitkan dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 1.54 pagi pada Jumaat.







"Pengadu mengenali suspek melalui media sosial yang dipercayai boleh menilik nasib dan membuang nasib buruknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kini direman selama lima hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, tambah beliau.

"Pihak polis menasihatkan orang awam untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini," katanya.

Dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mangsa berusia 24 tahun itu mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki bergelar 'Datuk' yang juga tukang tilik sejak setahun lepas.

Wanita yang dikenali sebagai Linda, 24, berkata dia pada mulanya terpedaya dengan perkhidmatan ditawarkan lelaki berkenaan menerusi iklan di media sosial bagi mengubah nasib hidupnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED