Translate

13 August 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani



PM Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi SPA

Bernama

12/08/2024









Anwar berkata perbincangan diadakan menjurus kepada usaha penambahbaikan berterusan SPA dalam menjalankan fungsi selaras Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata perbincangan diadakan menjurus kepada usaha penambahbaikan berterusan SPA dalam menjalankan fungsi selaras Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata beliau turut dimaklumkan bahawa SPA akan memperkasa program mengesan bakat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mendapatkan individu terbaik untuk berbakti dalam perkhidmatan awam.







"Ini termasuk memperluas program khidmat masyarakat SPA ke seluruh pelosok negara untuk memberi penerangan kepada masyarakat berhubung peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam, terutama di kawasan-kawasan yang masih mempunyai capaian Internet terbatas," menurut catatan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED