Translate

29 August 2024

Kabinet memutuskan untuk tidak membenarkan menteri atau timbalan menteri bertanding atau memegang jawatan dalam persatuan sukan



Persatuan sukan: Tiada anggota Kabinet, buka ruang individu sepenuh masa

Bernama

28/08/2024




Hamidin berpandangan ia juga akan memberikan peluang kepada pihak berkepentingan dalam persatuan sukan memilih sendiri individu yang sesuai berdasarkan penelitian mereka. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan menteri atau timbalan menteri bertanding atau memegang jawatan dalam persatuan sukan membuka lebih ruang kepada individu yang dapat memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen.

Menyambut baik keputusan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berpandangan ia juga akan memberikan peluang kepada pihak berkepentingan dalam persatuan sukan memilih sendiri individu yang sesuai berdasarkan penelitian mereka.

"Kita tak boleh mengatakan siapa yang layak atau tidak (untuk menerajui persatuan sukan). Tetapi ahli gabungan itu yang boleh menentukan (individu yang sewajarnya).


"Pemegang taruh individu atau persatuan yang memahami dari segi struktur dan boleh mengenali, tahu siapa yang boleh memimpin persatuan. Jadi keputusan hari ini, bagus kerana beri lebih peluang," katanya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, penganalisis sukan Datuk Dr Pekan Ramli berkata keputusan itu secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya konflik kepentingan dari segi politik.

Menyifatkan isu lantikan ahli politik dalam bidang sukan bukan perkara baharu, Pekan berkata mereka yang berminat mengetuai persatuan atau kumpulan sukan seharusnya benar-benar mempunyai minat dalam sukan yang mahu diterajui.

"Bagaimanapun, tidak adil jika mengatakan orang politik tidak boleh menggunakan dua topi (jawatan). Pada saya paling penting dia pandai menggunakan topi, sama ada sebagai pemimpin persatuan sukan atau menteri," katanya.

Selain itu katanya langkah tersebut juga membolehkan persatuan mencari individu yang benar-benar mempunyai minat mendalam terhadap bidang sukan dan mempunyai ketokohan yang boleh menarik lebih banyak penyertaan dalam sukan terlibat.

Pekan, bagaimanapun mengakui lantikan individu berjawatan termasuk menteri membawa faedah tersendiri kepada persatuan sukan kerana mereka mempunyai kedudukan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan seperti mencari penaja.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang media hari ini, mengumumkan bahawa mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan tidak membenarkan menteri atau timbalan menteri untuk bertanding atau memegang jawatan presiden mana-mana persatuan sukan.

Susulan itu, Fahmi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang masing-masing sebelum ini menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengumumkan untuk menarik diri.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 26 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 8 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 8 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 8 hrs 51 mins ago