Translate

15 May 2024

PADU telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar



Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi

Bernama

15/05/2024
Rafizi berkata, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai, untuk mengelakkan spekulasi inflasi. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi

Rafizi berkata, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai, untuk mengelakkan spekulasi inflasi. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

PUTRAJAYA: Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebarang keputusan berhubung pelaksanaannya akan dibuat kerajaan mengikut perancangan yang sudah diatur bagi mengelakkan spekulasi inflasi.

"Kerajaan sedang cuba sedaya upaya untuk mengelakkan spekulasi inflasi, justeru yang terbaik kami simpan dahulu penyusunannya.


"Rahsia ini untuk menguruskan keseimbangan mengenai bagaimana tindakan pasaran dan masyarakat," beliau berkata kepada media ketika ditanya perkembangan PADU selepas majlis pelancaran rancangan realiti INNOVATHON musim kedua, pada Rabu.

Jelas Rafizi, apa yang dibimbangi ialah kemunculan kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dan mengaut keuntungan, sekiranya penyusunan, jadual dan keputusan yang dibuat kerajaan sampai dengan cara yang tidak tepat.

Tambahnya, apa yang terbaik bagi kerajaan buat masa ini adalah untuk menyediakan kesemua maklumat berkenaan data dan dilaksanakan mengikut perancangan.

Pada 2 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah, meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Objektif PADU ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

-BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 37 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 41 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 57 mins ago
A visitor from Las vegas viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr ago
A visitor from Washington viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 1 hr 17 mins ago