Translate

27 April 2024

Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan maut direman






Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman

Bernama

27/04/2024 18:00 MYT


Motosikal mangsa yang tercampak ke bahagian belakang pacuan rempat roda yang dirempuhnya. - Gambar/ Ihsan pembaca

KUANTAN: Seorang wanita berusia 35 tahun yang memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum bertindak melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur semalam direman dua hari.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata penumpang kenderaan wanita terbabit iaitu seorang lelaki warga China berusia 37 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut susulan kes kemalangan yang melibatkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.







Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sejurus pemandu kenderaan pacuan empat roda itu menekan brek mengejut selepas wanita terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan jenis Mitsubishi Pajero Sport berhenti di bahu kiri jalan sebelum bertindak melintas ke kanan laluan itu.

"Dalam masa yang sama datang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 ditunggang mangsa dari arah belakang terus melanggar pacuan empat roda itu, sebelum mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang kenderaan itu," katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian, katanya.

-- BERNAMA


Watch on TikTok

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 30 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 32 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 41 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 18 mins ago