Translate

29 April 2024

Chegubard tiba di mahkamah dengan bergari, didakwa atas dua tuduhan fitnah jenayah dan hasutan






Ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin, atau Chegubard, didakwa atas dua tuduhan fitnah jenayah dan hasutan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Badrul, 45, yang diwakili Rafique Rashid Ali selaku peguam, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, jam 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Chegubard juga berdepan tuduhan membuat penerbitan menghasut di Taman Bukit Cheras, di sini, jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Ikat jamin ditetapkan RM10,000 bagi setiap tuduhan.


FMT

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '“Air mengalir tidak dapat diputuskan” - Bagaimana ' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Santa cruz do capibaribe viewed 'Madonna announces music tour celebrating 40 years ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langgan Pelacur Dengan Wechat | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 1 hr 36 mins ago