Translate

24 April 2024

Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis



Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis

Bernama

24/04/2024
"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran."

Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis

"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran."

KUALA LUMPUR : Seorang pengamal media arus perdana meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.

Wat Kamal Abas, 51, berkata tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.

"Pengguna media sosial atas nama Saifuddin Shafik telah memberi komen dengan perkataan 'Baru raptai dah mampos. Tak sempat nak perang', di akaun X, semalam.







"Perkataan biadap seperti itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kira-kira 94 kilometer (km) dari sini, semalam.

Wat Kamal berkata perkara itu juga tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu menimbulkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat.

"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 2 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Perm viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Moscow oblast viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago
A visitor from Kungur viewed 'GURU yang hamil 37 minggu cedera selepas ditikam s' 31 mins ago