Translate

25 April 2024

PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City




PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City

Bernama

25/04/2024 




PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City

Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata: "Tak ada, mereka bangkitkan (isu) lesen kasino itu tipu.. Tak betul".

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan Anwar bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay minggu lepas bagi membincangkan perkara itu.

Laporan itu turut mendakwa perbincangan berhubung pemberian lesen tersebut masih di peringkat awal.

Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah itu bermula pada 2015, yang sehingga kini ia mempunyai 28,000 unit kediaman yang telah siap dibina, dengan fokus utama pemaju tertumpu pada pulau buatan pertama seluas 560 hektar.

Forest City turut menempatkan dua hotel, dua padang golf bertaraf antarabangsa, kilang prefabrikasi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) terbesar di Malaysia, sekolah antarabangsa Shattuck St Mary Forest City dan taman tema air.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pekebun, penternak rasa terancam buaya semakin ker' 49 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'SPRM dalam proses dapatkan dokumen berkaitan pence' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perjalanan Terakhir Seorang Bintang Bola Sepak Ser' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL GETS NEW DEPUTY POLICE CHIEF DATUK LAW HONG SOO' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 4 hrs 12 mins ago