Translate
22 January 2024
Rasional di sebalik kemasukan Insa yang tak pernah diturunkan sebelum ini?
Rasional di sebalik kemasukan Insa yang tak pernah diturunkan sebelum ini?
Bernama
Januari 22, 2024
Insa (tengah) tidak pernah diturunkan dalam skuad Pan Gon sejak dia mengambil alih pasukan pada Januari 2022 dan hanya dipanggil beberapa kali dalam kem latihan pusat. -- Gambar fail/BERNAMA
Rasional di sebalik kemasukan Insa yang tak pernah diturunkan sebelum ini?
Insa (tengah) tidak pernah diturunkan dalam skuad Pan Gon sejak dia mengambil alih pasukan pada Januari 2022 dan hanya dipanggil beberapa kali dalam kem latihan pusat. -- Gambar fail/BERNAMA
DOHA: Tatkala semua mengharapkan momentum sama dikekalkan Malaysia pada separuh masa kedua menentang Bahrain pada Sabtu, Kim Pan Gon membuat satu pertukaran yang memberi kesan dan mempengaruhi kekalahan 0-1 skuad Harimau Malaya.
Kekalahan pada aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad itu menutup terus peluang Malaysia untuk mencipta sejarah dengan melangkah ke pusingan 16 terbaik.
Di sebalik pendekatan taktikal yang betul digunakan Pan Gon dalam memburu tiga mata, keputusan menggantikan pemain tengah Mohamed Syamer Kutty Abba dengan pemain paling berusia Natxo Insa di awal babak kedua dilihat sebagai percaturan yang memakan diri sendiri.
Kehadiran Mohamed Syamer bergandingan dengan Stuart Wilkin dalam kesebelasan utama memberi kelebihan yang tiada dalam pasukan ketika tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pembukaan kumpulan, Isnin lepas.
Pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 27 tahun itu memainkan peranannya dengan baik untuk mengisi jurang antara barisan pertahanan dan jentera serangan, menyaksikan permainan pasukan negara lebih dinamik dan menyakinkan pada 45 minit pertama berbanding separuh masa kedua.
Mengambil kira peranan dimainkan Mohamed Syamer, jika beliau terus beraksi pada babak kedua tidak mustahil Malaysia akan mendapat jaringan yang dicari-cari apabila tekanan demi tekanan yang dilakukan mungkin menyebabkan Bahrain melakukan kesilapan dan melepaskan gol.
Ketiadaan Mohamed Syamer selepas itu umpama rahmat buat skuad Dilmun's Warriors bimbingan Juan Antonio Pizzi yang merampas penguasaan bola dengan statistik 66 peratus berbanding Malaysia yang memiliki 34 peratus di penghujung perlawanan.
Insa, pemain JDT berusia 38 tahun yang membuat satu-satunya penampilan bersama Malaysia pada Mac 2018 tidak pernah diturunkan dalam skuad Pan Gon sejak jurulatih dari Korea Selatan itu mengambil alih pasukan pada Januari 2022 dan hanya dipanggil beberapa kali dalam kem latihan pusat.
Malah pada kem latihan pusat di sini sejak 1 Jan lepas, Insa, 38, hanya melakukan latihan kecergasan sehingga tiga hari sebelum pertemuan dengan Bahrain sedangkan Brendan Gan telah menyertai sesi latihan berpasukan lebih awal sekali gus mempunyai pemahaman yang lebih terhadap taktikal permainan.
Sudah pasti keputusan yang dilakukan Pan Gon itu sesuatu yang amat mengejutkan kerana mempertaruhkan seorang pemain yang tidak pernah bermain bersama pasukan selama ini dalam perlawanan genting seperti malam itu.
Pan Gon tidak menyatakan secara spesifik rasional di sebalik keputusannya menurunkan Insa, namun beliau menegaskan setiap pertukaran yang dibuat adalah bagi menampung keperluan pasukan bergantung kepada perubahan yang berlaku semasa perlawanan.
Bagaimanapun, penyokong Harimau Malaya melemparkan komen negatif terhadap Insa di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menganggap pemain itu gagal memberi impak seperti Mohamed Syamer sepanjang babak pertama.
Mohamed Syamer yang ditemui berkata pertukaran itu adalah disebabkan tuntutan taktikal permainan dan bagi mengurangkan risiko pasukan bermain 10 pemain selepas dirinya mengutip kad kuning di babak pertama, sekali gus menafikan persoalan sama ada beliau mengalami kecederaan.
Insa pula berkata setiap pemain yang diturunkan mahu memberikan yang terbaik dan setiap kali menyarung jersi pasukan kebangsaan memberi sebuah tekanan yang besar di bahu pemain.
Dalam pada itu, perlawanan pada Sabtu membuktikan teori pasukan yang paling kurang membuat kesilapan dalam aksi berintensiti tinggi mempunyai peluang lebih cerah untuk meraih kemenangan.
Ia dibuktikan Bahrain yang merupakan pasukan lebih berpengalaman dan memiliki segala kelebihan di atas kertas apabila mereka bersabar sepanjang 90 minit permainan dan hanya menanti peluang untuk mencipta jaringan.
Bahrain pasukan ke-86 dunia sementara Malaysia ke-130.
Jaringan saat-saat akhir pada masa kecederaan babak kedua oleh pemain tengah Ali Madan memberikan kemenangan pertama kepada Bahrain sekali gus menghidupkan peluang pasukan memburu tempat ke pusingan 16 terbaik untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pada edisi lepas.
Malaysia selepas ini akan melengkapkan baki saingan kumpulan menentang juara dua kali Korea Selatan yang pasti akan turun memburu kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar untuk melangkah ke pusingan kalah mati selaku juara.
Malaysia akan menentang Korea Selatan, Khamis ini.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Transport Ministry to study proposal for senior citizen licence renewal assessments - Loke Bernama 25/11/2024 According to Transport Minist...
-
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi Astro Aani 25/11/2024 Majlis Kerja Tertinggi UMNO se...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
Blog Archive
-
▼
2024
(4552)
-
▼
Jan 2024
(363)
- Permohonan Pembekuan Kuota Pekerja Asing Dilanjutk...
- Datuk Seri Saifuddin menjelaskan situasi pemimpin...
- Pakistan ex-PM Imran Khan, wife, jailed for 14 yea...
- Cops nab man for allegedly assaulting wife who ign...
- 'Hot Daddy': Four women fined for possessing porno...
- Joint Johor Immigration op reveal foreign beggars ...
- Pemilik butik dipenjara setahun, sebatan tipu baka...
- Malaysia qualify for World Cup Final in Hockey 5s ...
- Sultan Nazrin sets historic hat-trick as Deputy King
- Istana Negara announces official titles of King, Q...
- Sultan Ibrahim of Johor state installed as Malaysi...
- PM hulur sumbangan kepada Penyanyi Shima
- Polis siasat dakwaan pelancong asing bayar RM100 e...
- Sarawak akan muktamadkan penambahan pegangan saham...
- Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam
- Proceeds from special number plates "GOLD" will be...
- South Korea Come Back in Extra Time 90+9 min To Be...
- LIVE : ISTIADAT KEBERANGKATAN TIBA KEBAWAH DULI YA...
- Pembantu kedai didenda RM7,000 cabul warga Sepanyo...
- Ibu mengaku bersalah bersubahat dengan suami rogol...
- Bidaan siri GOLD sempena jubli emas Hari Wilayah P...
- The traffic policeman who asked for money from UK ...
- DS Najib Pardoned? Wait for Pardons Board's statem...
- Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah arrive in Pahang
- 'Pian' dan 'Rambai' akan iringi keberangkatan pula...
- Lambaian selamat tinggal penuh istiadat buat Yang ...
- LIVE Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong men...
- Melaka man arrested for beating up elderly neighbour
- Jordan Score Two Goals In Extra Time To Comeback a...
- Pemuda Dikecam Oleh Netizen Kerana Memukul Seorang...
- Daim attempts to read statement to press after cou...
- Cadangan Kerajaan Perpaduan ditolak, "What choice ...
- Enam Lagi Wanita Ditahan Bagi Bantu Siasatan Lelak...
- Another Video Of A Policeman Asking RM100 to Disco...
- Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sa...
- Sarjan wanita didakwa terima suapan RM3,000 bagi t...
- Bersatu to take legal action against reps who betr...
- Public can bid farewell to 16th King tomorrow
- Police sergeant held to assist rape probe
- Malaysia ex-finance minister charged with failing ...
- Tun Daim Zainuddin arrives in court to be charged.
- PDRM investigating a viral video, where a traffic ...
- Free E-Book - ‘Test of A King’ tells of Al-Sultan ...
- Anwar: “I never interfere in investigations into c...
- MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEMANGKU SULTAN JOHOR
- Faisal Halim hadiahkan sebiji moto buat Derrick Ga...
- Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin dilant...
- IBLA 2024 recognises top business leaders and orga...
- Johor Crown Prince Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahi...
- MACC seizes luxury cars; ex political aide and bus...
- Bodies of last two Cameron Highlands landslide vic...
- Peminat bola sepak yang jual motornya, Derrick Gan...
- Small fire breaks out at IOI mall due to Chinese N...
- TYT Sarawak bersama isteri tiba di Kuching pada Sabtu
- Tuanku gagal menahan SEBAK!! ~ MOMEN TITAH YDP AGO...
- Ahmad Zulqarnain resigns as PNB chief to helm EPF ...
- Najib never lodged complaint regarding misappropri...
- Existing civil servants under pension scheme will ...
- Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijala...
- Daim akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL Isnin ini
- Tottenham Hotspur 0 - 1 Manchester City, 2024 FA C...
- Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
- KBS menjelaskan tentang peruntukan tambahan RM5 ju...
- “Hot Daddy” and his two girlfriends have been char...
- Kim Pan Gon dan Pasukan Harimau Malaya Selamat pul...
- The body of a male Myanmar citizen has been pulled...
- Wan Junaidi appointed the the 8th Yang Dipertua N...
- Melaka teliti semula syarat sertai cabutan bertuah...
- Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami denga...
- Indonesia Surprisingly Qualify for Asian Cup Round...
- Construction of Batu Caves escalator will not mar ...
- Piala Asia 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada Hari...
- Malaysia Snatch A 3-3 Draw Against Asian Giants So...
- PMX Dapat Sokongan Lebih Dua Pertiga Ahli Parlimen
- Ex-Esscom intel chief, seven others acquitted in T...
- Passersby foil snatch theft attempt at Batu Caves
- Polis Siasat Kejadian 'Satu Keluarga' Mencuri Di K...
- Polis Tahan Bapa Mabuk Cederakan Anak Perempuan
- Annual procession of Lord Murugan's chariot arrive...
- Bekas penolong setiausaha Kementerian Pengangkutan...
- Kes bunuh Nurman: Kasut merah jambu ditemukan dala...
- MBSB lantik Wan Kamaruzaman sebagai Pengerusi MBSB...
- Organisers of 'Himpunan Selamatkan Rakyat' gatheri...
- SAJAT SAHKAN Hidap PENYAKIT KANSER
- Only 1.6 mln have updated information on PADU syst...
- Sidang Media Piala Asia : Misi akhir Malaysia meng...
- Setpol Menteri, Datuk Antara Empat Direman SPRM
- Tiada kemelut' - Lantikan JPKK bawah kementerian s...
- Yet another Bersatu MP voices support for Anwar
- Ebit Liew imamkan solat jenazah Bella di Hospital ...
- 31 Januari 2024 Bukan Cuti Umum Khas
- Wanita Warga Asing Bertindak Agresif Diperiksa JPJ
- Najib tidak benarkan AS$3 bilion dibawa pulang dar...
- Woman jumps off second floor of shophouse to escap...
- Boyfriend charged with murdering Bella
- Bank Negara clarifies Quantum Metal’s activities n...
- Housewife faces two counts of cheating in luxury g...
- Suspek Kes Bunuh Bella Didakwa Hari Ini
- Kastam kutip hasil RM55.1 bilion tahun lepas
- Eight more members of the Upik Gang, including for...
-
▼
Jan 2024
(363)