Translate

26 October 2023

Tindakan guna foto Wan Azizah bersama Sara Netanyahu tidak bertanggungjawab



Tindakan guna foto Wan Azizah bersama Sara Netanyahu tidak bertanggungjawab

Bernama

Oktober 25, 2023
Beberapa foto digunakan dan diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab seakan-akan berusaha untuk mewujudkan persepsi bahawa Wan Azizah (gambar) mempunyai hubungan akrab dengan Sara Netanyahu.- Gambar fail/Astro AWANI

Tindakan guna foto Wan Azizah bersama Sara Netanyahu tidak bertanggungjawab

Beberapa foto digunakan dan diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab seakan-akan berusaha untuk mewujudkan persepsi bahawa Wan Azizah (gambar) mempunyai hubungan akrab dengan Sara Netanyahu.- Gambar fail/Astro AWANI

GEORGE TOWN: Tindakan pihak yang sengaja menggunakan foto isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggambarkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Wanita Keadilan Pulau Pinang kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap rakyat Palestin sebagai permainan politik dalam negara.

Ketuanya Nurhidayah Che Rose berkata beberapa foto digunakan dan diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab seakan-akan berusaha untuk mewujudkan persepsi bahawa Wan Azizah mempunyai hubungan akrab dengan Sara Netanyahu.



"Kami percaya ia merupakan satu daripada cara untuk menyebarkan kebencian dan anasir politik murahan kepada rakyat Malaysia yang kini turut terkesan dengan perbuatan gila Israel terhadap saudara-mara kita di Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pengguna media sosial didapati memuat naik gambar dan video Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 21 Sept lepas.

Nurhidayah berkata sebagai penjelasan, walaupun Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat, Wan Azizah telah menghadiri satu sesi perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara bersempena dengan UNGA itu.

"Siapa sangka, sedang saudara-mara dan anak-anak di Palestin dibunuh dan ditindas dengan kejam, ada pihak di negara Islam ini tergamak mempolitikkan keadaan itu demi memuaskan dendam serakah politik yang melampau," katanya.

Beliau berkata Wanita Keadilan Pulau Pinang menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk terus bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat Palestin atas nama kemanusiaan.

"Janganlah kita menjatuhkan maruah agama dan bangsa hanya untuk memenangkan anasir politik murahan," katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 7 hrs 39 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 8 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 8 hrs 50 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 9 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 9 hrs 34 mins ago