Anwar dijadual mengadakan perbincangan berkaitan pelaburan dengan beberapa firma selain bertemu rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Riyadh.
Beliau turut dijadual menghadap Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala.