Translate

23 February 2023

Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras

 


Video: https://youtube.com/shorts/sCcEn3ZZlTk?feature=share


Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras

Bernama

Februari 22, 2023 Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras

Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras. - Gambar hiasan/Twitter/@bernamadotcom

Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras

Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras. - Gambar hiasan/Twitter/@bernamadotcom

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook yang dikesan pihaknya pada kira-kira 7.30 malam itu mangsa kelihatan tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu beliau untuk membuka kunci kenderaan.

Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.



Beliau berkata hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira 9 pagi yang melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.

"Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 5 hrs 17 mins ago