Translate

10 January 2023

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dilanjut hingga hujung 2023 - terbuka kepada semua pekerja asing yang tiada dokumen lengkap termasuk PATI

 Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dilanjut hingga hujung 2023

Ridauddin Daud

Januari 10, 2023Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dilanjut hingga hujung 2023

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran rekalibrasi itu terbuka kepada semua pekerja asing yang tiada dokumen lengkap termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang langsung tiada dokumen. - Gambar fail BERNAMA

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dilanjut hingga hujung 2023

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran rekalibrasi itu terbuka kepada semua pekerja asing yang tiada dokumen lengkap termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang langsung tiada dokumen. - Gambar fail BERNAMA

PUTRAJAYA : Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing pada Selasa memutuskan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja melibatkan pekerja asing yang tamat pada 31 Disember 2022 dilanjutkan lagi sehingga penghujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran rekalibrasi itu terbuka kepada semua pekerja asing yang tiada dokumen lengkap termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang langsung tiada dokumen.

Tegas beliau, melalui Pelan Rekalibrasi PATI 2.0 itu, syarat lebih fleksibel akan dikenakan, namun, beliau memberi jaminan ia tidak akan mengetepikan elemen keselamatan dalam negara.



“Kita dapati bahawa program ini mampu menyediakan keperluan tenaga kerja daripada tenaga asing yang sudah ada dalam negara kita.

“Kita buat saluran ini, mereka tampil, buat bayaran dan kemudian mereka dibenarkan untuk bekerja. Ini percepatkan lagi proses (pengambilan pekerja asing). Sisi kedua, caj yang dikenakan, kompaun itu.

“Melalui rekalibrasi tenaga kerja, kerajaan menjana lebih RM700 juta (daripada kompaun dibayar). Maknanya, sektor pekerjaan terisi, majikan ada pekerja, mereka yang dokumen tidak sempurna kita bantu, sektor kritikal pun ada pekerja.

“Selain itu, kita dapat kenal pasti mereka kerana rekod sudah ada dan kita kenakan bayaran yang kemudiannya menyumbang kepada dana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, pada Selasa.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Menurut Saifuddin lagi, tempoh lanjutan itu berkuat kuasa serta-merta dan hanya melibatkan aspek penggajian pekerja asing, bukan penghantaran pulang.

“Pada masa sama, mesyuarat juga bersetuju sektor perkhidmatan khususnya pembantu rumah yang ketika bekerja, kemudian tempoh tamat dan mereka duduk lebih lama di Malaysia.

“Jadi, kita kata, dia boleh bayar kompaun, kemudian kita akan sambung pas kerja mereka. Itu keputusan yang dibuat pada hari ini juga.

“Kita menggesa kalau ada dalam kategori ini terutamanya pembantu rumah, mereka boleh buat permohonan lanjut. Cuma kalau mereka yang tinggal terlebih lama, mereka akan dikenakan sedikit kompaun,” ujarnya.

Pelan Rekalibrasi PATI yang dilaksanakan sehingga 31 Disember tahun lepas menyaksikan seramai 418,649 orang menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 295,425 orang bagi Program Rekalibrasi Pulang.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED