Translate

29 January 2023

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram yang meninggal dunia pada Ahad.

 PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram

Astro Awani

Januari 29, 2023 PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram

Sri Ram yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara, pada Ahad. - Gambar fail

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram

Sri Ram yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara, pada Ahad. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad.

Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

"Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini," kata beliau.




Sri Ram, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara, hari ini.

Terdahulu, mendiang dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta akibat jangkitan paru-paru.

Mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum ini dimasukkkan ke hospital dua minggu lalu dipercayai kerana jangkitan paru-paru.

Sri Ram merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mendiang juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.



Sr


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 26 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 46 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setiausaha Wanita DAP Selangor kekal bebas tuduhan' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 2 hrs 54 mins ago