Translate

26 November 2022

24 daripada 25 Ahli Parlimen Sabah menyokong Anwar

 

Hanya seorang Ahli Parlimen Sabah tidak sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan

Astro Awani
Hanya seorang Ahli Parlimen Sabah tidak sokong Anwar, Kerajaan Perpaduan
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) sah menyertai Kerajaan Perpaduan ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen Kota Marudu serta Riduan Rubin (Parlimen Tenom).
Turut menyatakan sokongan ialah calon Bebas yang menang di kerusi Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.
Penyerahan surat sokongan kepada Anwar itu disampaikan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Peter percaya pelantikan Anwar akan dapat menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dan mengembalikan kestabilan politik negara.
"Pilihan raya sudah berlalu, yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.
"Saya menyeru semua bersama-sama berganding bahu untuk membina Sabah dan Malaysia," katanya.
Dengan sokongan KDM, 24 daripada 25 Ahli Parlimen Sabah menyokong Anwar dan Kerajaan Perpaduan.
Hanya satu Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee kekal bersama Perikatan Nasional.
Pada PRU15, Ronald bertanding atas tiket PN di Parlimen Beluran dengan majoriti 1,594 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Benedict Asmat Felix Joseph Saang (Pakatan Harapan), Rowiena Rasid (Parti Warisan) serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Hausing Samsudin @Sudin.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ibu bapa disaran main peranan untuk jayakan PLKN 3' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penduduk sekitar Sungai Batu Pahat diminta waspada' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pemandu Pusing Bulatan Dari Siang Hingga Malam Dis' 5 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 5 hrs 28 mins ago