Translate

28 July 2022

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kecewa dengan PM

  Perikatan Nasional kecewa dengan Perdana Menteri - Hamzah Zainuddin

Perikatan Nasional kecewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan tidak bersungguh dalam memenuhi perjanjian dengan gabungan itu, kata Setiausahanya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Gambar fail


Perikatan Nasional kecewa dengan Perdana Menteri - Hamzah Zainuddin
Astro Awani
Julai 28, 2022 


KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menzahirkan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan tidak bersungguh dalam memenuhi perjanjian dengan gabungan itu, kata Setiausahanya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sehubungan itu, PN, kata beliau, memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui Ismail Sabri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Hamzah berkata, PN, sebelum ini mendesak agar Perdana Menteri melantik seorang menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan Ahli Parlimen Apang, Datuk Zuraida Kamaruddin memutuskan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).


Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, kuota untuk Zuraida adalah milik Bersatu dan ia perlu diisi oleh parti itu.

Selain itu Muhyiddin juga menjelaskan terdapat perjanjian antara perdana menteri dan PN untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Bersatu.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menafikan wujudnya perjanjian untuk melantik TPM dalam kalangan pemimpin PN.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 min ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 11 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 7 hrs 3 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 7 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 7 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 6 mins ago