Translate

29 July 2022

Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

 Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Bernama

Julai 29, 2022 Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating". - Gambar hiasan

Love Scam: Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta

Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating". - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial "Online Dating".

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa penipuan "Love Scam" berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis pada Khamis.



"Suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja paramedik di Hospital California memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau (lelaki itu) menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai AS$22 juta dan perlukan dana modal permulaan serta berjanji ingin mengahwini mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Terpedaya dengan janji tersebut, Azmi berkata mangsa telah melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank yang diberikan suspek secara berperingkat antara Januari hingga Jun 2022 berjumlah keseluruhan RM5.29 juta.

"Mangsa telah menggunakan kesemua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan Pemberi Pinjam Wang Berlesen. Semakan awal mendapati akaun bank yang terlibat (akaun lelaki itu) juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama," katanya.


Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 30 secs ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 58 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Online fraud causes over RM19 million in losses fr' 3 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 6 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya' 21 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di ' 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepa' 51 mins ago