Translate

28 July 2022

28 individu termasuk dalang bawa masuk tukang urut warga asing ditahan

 28 individu termasuk dalang bawa masuk tukang urut warga asing ditahan

Bernama

Julai 27, 2022 28 individu termasuk dalang bawa masuk tukang urut warga asing ditahan

Modus operandi sindiket berkenaan ialah membawa masuk tukang urut warga Thailand itu menggunakan Pas Lawatan Sosial. - Gambar/ Jabatan Imigresen Malaysia

28 individu termasuk dalang bawa masuk tukang urut warga asing ditahan

Modus operandi sindiket berkenaan ialah membawa masuk tukang urut warga Thailand itu menggunakan Pas Lawatan Sosial. - Gambar/ Jabatan Imigresen Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menahan 28 individu termasuk seorang lelaki berumur lingkungan 40-an disyaki dalang utama sindiket membekal dan membawa masuk tukang urut warga Thailand dalam operasi tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai lepas di sekitar Johor Bahru, Johor.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata lelaki berkenaan ditahan di dalam sebuah kereta Proton Saga yang dipandunya bersama empat wanita warga Thailand yang berada di dalam kenderaan itu.

ADVERTISING


"Kesemua wanita ini tidak memiliki pas yang sah semasa diperiksa dan mereka dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar pulang ke Thailand melalui jalan yang tidak sah. Kesemua mereka yang diperiksa ditahan bersama dalang sindiket," katanya dalam kenyataan hari ini.



Khairul Dzaimee berkata lanjutan daripada tangkapan itu, pasukan serbuan telah menyerbu rumah dalang terbabit dan merampas beberapa dokumen berkaitan aktiviti sindiket membekalkan tukang urut asing itu ke pusat refleksologi dan spa di Johor Bahru dan kawasan selatan tanah air.

Beliau berkata rentetan daripada operasi itu juga anggota imigresen membuat dua lagi serbuan di premis pusat urut dan spa di Taman Austin dan Taman Abad di Johor Bahru yang disyaki ada kaitan dengan sindiket terbabit.


"Hasil serbuan di kedua-dua premis itu, imigresen menahan 18 wanita dan tiga lelaki warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut serta dua lelaki tempatan merupakan penjaga premis. Kesemua 28 individu yang ditahan dalam siri operasi ini berumur antara 20 hingga 52 tahun," katanya.

Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah membawa masuk tukang urut warga Thailand itu menggunakan Pas Lawatan Sosial dan berdasarkan risikan, sindiket itu turut menjalankan aktiviti tidak bermoral selain khidmat urut.

Khairul Dzaimee berkata sindiket terbabit mengenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 bagi setiap tukang urut yang diuruskan dan dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM30,000 sebulan manakala majikan pusat urut pula mampu meraih pendapatan sehingga RM50,000 sebulan.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 5 hrs 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 7 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 7 hrs 48 mins ago