Translate

26 January 2022

Ibadah umrah dibenar semula mulai 8 Feb - Nancy




Bernama
Januari 26, 2022 

Prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran perjalanan itu masih sama seperti sebelum ini antaranya mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak. - Bernama

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Feb ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu yang berkuat kuasa 8 Jan lepas susulan penularan jangkitan varian Omicron COVID-19.

"Baru tadi kami (Kabinet) sudah membuat keputusan...kita tidak mahu memanjangkannya lagi (tempoh penggantungan) jadi apabila 8 Feb ini nanti, bolehlah ejen-ejen pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah masing-masing," katanya kepada media.

 
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan perjalanan umrah selepas Majlis Pelancaran Video Kempen Dream Malaysia di sini, hari ini.

Nancy berkata prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran perjalanan itu masih sama seperti sebelum ini antaranya mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak.

"SOP dari dulu sama. Tinggal (cuma) hanya ada beberapa SOP baharu untuk mereka (jemaah) dan itu akan dibincang bersama pihak ejen pelancongan umrah. Jadi SOP yang terperinci akan dibincang selanjutnya," katanya.

Pada 1 Jan lepas, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan susulan peningkatan varian Omicron COVID-19 dalam kalangan jemaah yang pulang dari Arab Saudi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata penilaian risiko situasi COVID-19 membabitkan varian itu di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala bagi membuat keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Pemandu Pusing Bulatan Dari Siang Hingga Malam Dis' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 43 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LELAKI TAMPIL JELAS CERITA SEBENAR KEJADIAN NAVARA' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Treler Bawa Gas Rempuh Penghadang Jambatan | BEST ' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Brussels viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 1 hr 21 mins ago