Translate

22 December 2021

Harith Iskander and NGO Team Rescues Baby and Mom trapped on the top floor of a shop house for two days

 Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi

Gempak

Disember 22, 2021 12:20 MYT

Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi

Harith Iskander berkongsi detik menyelamatkan seorang bayi bersama ibunya yang terperangkap akibat banjir selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.

PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander berkongsi detik menyelamatkan seorang bayi bersama ibunya yang terperangkap akibat banjir.

Menerusi akaun Instagramnya, Harith yang menyertai misi menyelamat bersama badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama isterinya turut merakamkan detik tersebut.

Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terperangkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.



“Bayi dan ibu ini terperangkap di tingkat atas sebuah rumah kedai selama dua malam. Ketika kami mendengar berita mengenai Kampung Baru Hicom yang masih lagi tenggelam, @theHopeBranch.my dengan pantas terus mendapatkan bot, membawa pasukan sukarelawan ke sana.

"Situasi yang memang tidak dapat dibayangkan kerana gelap, kedalaman air mencecah hingga 10 kaki di beberapa tempat, kereta dan van semuanya tenggelam.

"Seorang pemilik kedai membantu kami dengan menunjukkan arah kepada bot ke rumah di mana ibu dan bayi itu terperangkap dan kami berjaya membantu mereka keluar dengan selamat.

“Anda sendiri boleh melihat bayi malang ini mempunyai dengan ‘beg’ di bawah matanya, tetapi dia sangat baik dan tenang. Saya harap suatu hari nanti dia dapat melihat ini dan menyedari betapa hebat gadis kecil ini,” coretnya.

Tambah Harith lagi, dia masih lagi tidak percaya dengan situasi yang berlaku dan berharap segalanya pulih dengan segera.

“Secara jujurnya, saya tidak percaya bahawa ini adalah Malaysia pada tahun 2021. Bagaimana ini boleh berlaku di Lembah Klang?

“Apa yang mengharukan saya adalah apabila melihat ratusan rakyat Malaysia yang hadir dengan makanan dan bekalan untuk membantu.

“Tidak kecoh, tiada kegemilangan, hanya semangat nak tolong. Malam tadi saya menyaksikan #kitajagakita,” coretnya.

Walaupun banjir kini mulai surut dibeberapa tempat namun masih banyak lagi kawasan yang terjejas.

Terima kasih rakyat Malaysia dan sukarelawan yang membantu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED