Bekas Menteri Tan Sri Sabaruddin Chik dilaporkan meninggal dunia pada jam sekitar 8 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Beliau berusia 80 tahun dan menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996.
Beliau juga ialah Pengerusi Amanah Raya Berhad yang dilantik pada 2016 menggantikan Reezal Merican Naina Merican
Allahyarham memulakan karier politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari tahun 1982 hingga 1999.
Sabbaruddin juga seorang bekas Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996.
Berita Harian:
Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.
"Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.
| PM Ismail Sabri with his Sifu Tan Sri Sabaruddin Chik |