Translate

21 October 2021

Ustaz Ebit Lew Bawa Keluarga Pergi ke Switzerland.

Ebit Lew, Isteri


Ebit Lew

Anak-anak tanya. Ayah kenapa cantik sangat alam ni yer. Kenapa air sungai dari jauh nampak macam biru? Salji cantik langit gunung. Semuanya cantik sangat. Walau ambil gambar tak sama macam sebenarnya.

Siapa jadikan semuanya anakku? Dialah Allah. Yang menjadikan segalanya. Dialah Allah yang memiliki langit dan bumi. Dialah Allah yang menjadikan segalanya. Pemilik semuanya. Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Dimana sahaja kita belajar lah melihat dengan hati. Dengan cinta. Kita dihantar untuk mengenal cintaNya.

Anakku walau kemana kita pergi kita hambanya. Nanti dalam syurga juta-juta kali lagi cantik. Tiada akal yang mempu mencapainya. Syaratnya kita menjadi hambanya dan sentiasa mencari Redhanya. Hanya dengan Rahmatnya Kasih Sayangnya yang akan bawa kita ke sana.

Jaga solat walau dimana sahaja. Buat Ta'lim. Cerita kebesaran Allah dimana sahaja. Bawa akhlak Nabi saw. Balas keburukan dengan kebaikan-ebitlew

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat

Sumber: Ebit Lew Facebook










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED