Translate

20 October 2021

Tanah Mendap: Jalan Hartamas 1, Dutamas 1 Ditutup

Jalan Sri Hartamas 1 dan Jalan Dutamas 1


Tanah mendap: Jalan Hartamas 1, Dutamas 1 ditutup

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku di persimpangan Jalan Sri Hartamas 1 dan Jalan Dutamas 1 di sini, pada petang tadi.

Menurut kemas kini di laman Twitter Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), susulan kejadian tersebut, kedua-dua laluan di lokasi berkenaan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas sementara kerja baik pulih dijalankan.

Jelas kenyataan itu lagi, pasukan polis Trafik, Warden Trafik DBKL serta Skuad Penyelamat DBKL turut berada di lokasi kejadian.

Selain itu, laluan kontra di laluan bertentangan turut dibuka buat sementara waktu bagi mengelakkan kesesakan.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsi daripada sistem ITIS DBKL, kejadian dipercayai berlaku sekitar 5.30 petang.

Bagaimanapun, setakat ini punca dan tahap kerosakan jalan belum dapat dipastikan.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-mendap-jalan-hartamas-1-dutamas-1-ditutup-326443



 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED