Translate

21 October 2021

Tambah Baik Infrastruktur Telekomunikasi, Lebih RM1 Bilion Pelaburan Di Kelantan

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob


Tambah baik infrastruktur telekomunikasi, lebih RM1 bilion pelaburan di Kelantan

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pelaburan bagi menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Melalui perkongsian di Twitter hari ini, beliau memaklumkan pelbagai inisiatif baharu telah ditambah menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di negeri berkenaan.

"JENDELA di Kelantan telah ditambah dengan inisiatif baharu melalui pembinaan menara-menara baharu, perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada masyarakat Orang Asli menggunakan teknologi satelit dan juga pemasangan gentian optik berkelajuan tinggi di beberapa premis," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mendengar taklimat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan RM700 juta menerusi JENDELA untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur telekomunikasi di negeri berkenaan bagi menambah baik capaian internet seterusnya memastikan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi lebih baik.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED