Translate

20 October 2021

Rakyat Malaysia Ditahan Di Australia Bukan Keldai Dadah

Datuk Razarudin Husain






Rakyat Malaysia ditahan di Australia bukan keldai dadah

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menolak dakwaan menyatakan rakyat Malaysia yang dilaporkan menyeludup dadah ke Australia sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, ia berikutan suspek berusia 38 tahun itu sudah memasuki Australia sejak tahun lalu lagi.

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sebelum ini media melaporkan pihak berkuasa Australia menahan warga Malaysia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke negara itu.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED