Translate

21 October 2021

Peniaga Didakwa Guna Alamat Kediaman Diraja Istana Kinta






Peniaga didakwa guna alamat Kediaman Diraja Istana Kinta


Dua peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas pertuduhan memberi maklumat palsu dengan kad pengenalan diri menggunakan alamat Kediaman Diraja Istana Kinta, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Halmi Waramejini, 55 dan Affendy Abdul Aziz, 49, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan mengikut Subperaturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan wang jaminan terhadap mereka sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED