Translate

21 October 2021

Mekanik, Isteri Cari Duit Lebih Jadi 'Tokan' Dadah







Mekanik, isteri cari duit lebih jadi 'tokan' dadah

Berselindung sebalik pekerjaannya, seorang mekanik bersama isterinya dikesan turut menjalankan aktiviti mengedar heroin dan syabu sejak setahun lalu untuk mencari pendapatan lebih.

Bagaimanapun, aktiviti pasangan berkenaan terbongkar apabila sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menyerbu dan menahan mereka dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Rawa Sedim, Karangan

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam berkata, pasangan berusia 31 tahun yang tidak mempunyai anak itu ditahan susulan daripada tangkapan dua lelaki yang juga pengedar dadah di dua lokasi berbeza di Kampung Ulu Dingin, Mahang.

Katanya, semua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika bersalah boleh dihukum gantung sampai mati.


Sumber: Harian Metro YouTube

Menurutnya, sepanjang Op Tapis Khas (tokan Jalanan) yang dilakukan sejak 17 Oktober lalu, pihaknya berjaya menahan 53 individu membabitkan pelbagai kesalahan bersabit kes dadah di daerah ini.







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED