Translate

31 October 2021

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di sebuah pasar raya

 



Lelaki maut dengan kesan kelar pada leher 

GEORGETOWN: Anggota bomba mengambil masa kurang lima minit untuk membantu membuka pintu kereta Toyota Camry dipercayai milik seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan kelar pada leher di sebuah pasar raya di Glugor, di sini semalam.

Difahamkan, mayat lelaki berusia 48 tahun itu ditemukan dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam di tempat letak kereta aras satu kira-kira pukul 7.15 malam.

Turut ditemukan adalah sebilah pisau yang dipercayai digunakan mangsa untuk bertindak sedemikian dan berada dalam genggaman tangan kirinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan membuka pintu kereta pukul 7.34 malam dan tiba di situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian didapati seorang lelaki berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan berlumuran darah.

“Kematian lelaki itu disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang terlebih dahulu tiba di tempat kejadian.

“Anggota bomba membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas kurang lima minit. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi membantu dan menyelamat  itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.07 malam.

▶️Utusan Online

30.10.2021





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Tugas Tengku Zafrul di BAM lebih mudah - Mohamad N' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi sedia letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia bebas daripada penyakit antraks - DVS | B' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA rampas tanaman hiasan cuba diseludup ke dalam ' 27 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 43 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'Airplane dining in downtown KL on a actual Boeing ' 1 hr ago
A visitor from St petersburg viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago