Translate

30 October 2021

78 daripada 589 menara baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah telah siap dibina oleh MCMC




 Sebanyak 78 menara baharu di bawah JENDELA telah dibina di Sabah


30/10/2021 01:43 PM


KOTA KINABALU, 30 Okt  -- Sebanyak 78 daripada 589 menara baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah telah siap dibina oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat 30 Sept lepas.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pembinaan menara berkenaan berjalan lancar seperti dirancang kerana telah mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri yang memberi kebenaran membina menara baharu di kawasan terlibat.


"Usaha MCMC membina menara ini berjalan lancar kerana mendapat kerjasama yang cukup baik... kita harap kerajaan negeri akan terus memberi kerjasama untuk kita dapat kebenaran membina menara seterusnya," katanya kepada pemberita mengenai perancangan JENDELA di Sabah di sini hari ini.


Selain itu, bagi memberi kemudahan liputan Internet di kawasan pedalaman di negeri itu, Zahidi berkata sebanyak 138 lokasi telah dikenal pasti untuk penyediaan perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).


Beliau berkata perkhidmatan VSAT itu akan mampu memberikan liputan jalur lebar yang sukar diakses di kawasan pedalaman dengan teknologi gentian optik dan mudah alih.


Katanya MCMC akan memastikan penduduk di pedalaman sentiasa mendapat maklumat dan berinformasi serta berharap agar penduduk kampung juga turut memberi kerjasama kepada MCMC.


Sementara itu, beliau berkata sebanyak 103,281 daripada 251,165 premis yang dirancang untuk dinaik taraf gentian optik telah siap dilaksanakan dan dijangka bertambah menjelang hujung tahun ini.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perjalanan Terakhir Seorang Bintang Bola Sepak Ser' 54 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL GETS NEW DEPUTY POLICE CHIEF DATUK LAW HONG SOO' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 4 hrs 22 mins ago