Translate

04 September 2021

Polis Keluarkan Fotofit Suspek Kes Samun Motosikal Di Jalan Kuching

Polis hari ini mengeluarkan fotofit seorang suspek disyaki terlibat dalam kejadian samun motosikal di Jalan Kuching

Polis keluarkan fotofit suspek kes samun motosikal di Jalan Kuching

BERNAMA
4/9/2021

KUALA LUMPUR, 3 Sept -- Polis hari ini mengeluarkan fotofit seorang suspek disyaki terlibat dalam kejadian samun motosikal di Jalan Kuching di sini pada 26 Ogos lepas yang menyebabkan sebelah tangan mangsa terpaksa dipotong.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai dalam kenyataan hari ini memaklumkan fotofit itu dipadankan berdasarkan keterangan saksi.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noramalina Md Jamil di talian 017-318 5868 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2206 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, sepasang kekasih cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun yang menyebabkan mangsa lelaki cedera di muka dan badan manakala teman wanitanya cedera di bahu kanan serta dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Susulan itu, tangan kanan mangsa wanita yang cedera parah dalam kejadian tersebut terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya kerana jangkitan kuman.







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 2 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasu' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta | ' 26 mins ago