![]() |
| Datuk Muhammad Jailani Khamis |
Melaka tidak mahu terburu-buru buka sektor pelancongan
Berita RTM
22/9/2021
AYER KEROH, 22 September - Melaka tidak akan terburu-buru untuk membuka sektor pelancongannya walaupun telah diberi 'lampu hijau' oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, antara tiga destinasi yang akan dibuka bulan depan.
Jelas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, pembukaan sektor pelancongan Melaka akan diputuskan pada pertengahan Oktober berikutan beberapa faktor penting perlu diteliti.
Termasuk memantau perkembangan kes COVID-19 di Langkawi selepas pembukaan sektor pelancongannya.
Melaka antara tiga destinasi termasuk Pulau Tioman dan Genting Highlands yang akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober.
Sumber: Berita RTM
https://berita.rtm.gov.my/index.php/covid19/30008-melaka-tidak-mahu-terburu-buru-buka-sektor-pelancongan
