Status Terkini Covid-19 |
Kenyataan Akhbar KPK 4 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
4 SEPTEMBER 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 21,582 kes (1,550,254 kes kumulatif, 85.0%);
- Kes baharu : 19,057 kes (1,824,439 kes kumulatif);
- Kes import : 10 kes (4 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 19,047 kes [16,784 warganegara (88.1%); 2,263 bukan warganegara (11.9%)];
- Kes aktif : 256,302 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,369 kes (978 kes COVID-19; 391 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 764 kes (460 kes COVID-19; 304 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes kematian : 362 kes [17,883 kes kumulatif, 0.98%; 304 warganegara, 58 bukan warganegara; 104 kes BID (69 warganegara; 35 bukan warganegara)];
- Jumlah kluster : 4,854 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 3,399 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,455 kluster.
Daripada 19,057 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 405 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,652 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Secara keseluruhan, 8,544 kes (44.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,393 kes (23.1 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua, manakala 6,120 kes (32.1 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 September 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 3
Perincian 19,057 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 3,775 | 171 | 1,912 | 7 | 1,685 |
SARAWAK | 2,723 | 157 | 1,474 | – | 1,092 |
SABAH | 2,279 | 164 | 1,237 | 1 | 877 |
JOHOR | 2,077 | 196 | 1,185 | 1 | 695 |
PULAU PINANG | 1,558 | 128 | 476 | – | 954 |
PERAK | 1,450 | 178 | 562 | – | 710 |
KELANTAN | 1,434 | 74 | 992 | – | 368 |
KEDAH | 1,329 | 7 | 885 | – | 437 |
WP KUALA LUMPUR | 711 | 4 | 323 | 1 | 383 |
TERENGGANU | 605 | 79 | 415 | – | 111 |
PAHANG | 410 | 39 | 303 | – | 68 |
MELAKA | 338 | 60 | 158 | – | 120 |
NEGERI SEMBILAN | 242 | 21 | 131 | – | 90 |
PERLIS | 99 | 24 | 27 | – | 48 |
WP PUTRAJAYA | 18 | – | 11 | – | 7 |
WP LABUAN | 9 | – | 9 | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 19,057 | 1,302 | 10,100 | 10 | 7,645 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 SEPTEMBER 2021
NO | NAMA KLUSTER | KATEGORI KLUSTER | NEGERI | DAERAH | JUMLAH KES | JUMLAH DISARING |
1 | Industri Jalan Kampung Taib 2 | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 17 | 55 |
2 | Tapak Bina Baiduri Jaya | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 72 | 106 |
3 | Industri Jalan Tiga Olak Lempit | Tempat Kerja | Selangor | Kuala Langat | 27 | 35 |
4 | Industri Riang 21 | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 29 | 88 |
5 | Jalan Sekakap | Tempat Kerja | Johor | Mersing | 39 | 144 |
6 | Jalan Baling Pengkalan | Tempat Kerja | Perak | Hulu Perak | 12 | 31 |
7 | Sri Banding | Tempat Kerja | Perak | Hulu Perak | 84 | 174 |
8 | Jalan Jinjang 2 | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Kepong | 15 | 71 |
9 | Industri Palong 17 | Tempat Kerja | Negeri Sembilan | Jempol | 26 | 148 |
10 | Industri Gebeng 1/11 | Tempat Kerja | Pahang dan Terengganu | Kuantan dan Kemaman | 27 | 355 |
11 | Jalan Besar Rantau Panjang | Tempat Kerja | Kelantan | Pasir Mas | 8 | 20 |
12 | Jalan Semawang | Tempat Kerja | Sabah | Sandakan | 116 | 376 |
13 | Kampung Gebeng | Komuniti | Kelantan | Machang dan Pasir Mas | 7 | 7 |
14 | Kampung Rahmat Hilir | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 10 | 11 |
15 | Kampung Atas Tol | Komuniti | Terengganu | Kuala Terengganu | 21 | 62 |
16 | Kampung Pasir Akar | Pendidikan Lain | Terengganu | Besut | 59 | 105 |
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 3 SEPTEMBER 2021
NEGERI | NILAI RT |
SARAWAK | 1.14 |
PERLIS | 1.13 |
JOHOR | 1.11 |
TERENGGANU | 1.05 |
PULAU PINANG | 1.05 |
SABAH | 1.04 |
KELANTAN | 1.03 |
PERAK | 1.02 |
KEDAH | 1.01 |
PAHANG | 1.00 |
WP PUTRAJAYA | 0.99 |
SELANGOR | 0.88 |
MELAKA | 0.88 |
NEGERI SEMBILAN | 0.80 |
WP KUALA LUMPUR | 0.79 |
WP LABUAN | 0 |
MALAYSIA | 0.96 |