Translate

28 September 2021

Bekas Atlet Naturalisasi Didakwa Tipu Bekas Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Kok Chi terlibat dalam pentadbiran MOM sejak tahun 1970-an dan pernah menjadi ketua kontinjen negara pada temasya Sukan SEA Brunei pada 1999. - Foto fail/BERNAMA


Bekas atlet naturalisasi didakwa tipu bekas setiausaha MOM

BERNAMA
28/9/2021

KUALA LUMPUR: Seorang bekas atlet naturalisasi negara didakwa menipu bekas pegawai kanan sukan Datuk Sieh Kok Chi dan anak perempuannya yang cacat hampir RM1.5 juta dalam kes hartanah.

Bekas setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dari 1992 hingga 2015 itu mendakwa tanda tangan anaknya, Sieh Shen-Nern yang terlantar akibat 'neuron degeneration', dipalsukan oleh atlet yang pernah mewakili negara pada kejohanan antarabangsa termasuk temasya Sukan Olimpik.

Kok Chi, 82, yang menabur bakti dalam dunia sukan sebagai pentadbir dan pemimpin, membuat laporan polis pada Februari lalu dengan mendakwa bekas atlet itu memalsukan tandatangan anak perempuan berusia 47 tahun dalam Surat Kuasa Wakil untuk memindahkan separuh daripada pegangan sebuah lot kedai di Sri Petaling yang dimiliki bersama oleh Shen-Nern dan atlet berkenaan.

"Anak perempuan saya dilahirkan dengan kecacatan fizikal dan intektual, hanya boleh menurunkan tandatangannya dengan bimbingan saya. Tandatangan pada Surat Kuasa Wakil pada Mac 2014 adalah berbeza dengan tandatangan pada Perjanjian Jual Beli pada Mac 2012.

" Saya tidak berada di sisi anak saya ketika menandatangani pada dokumen itu, malah tidak melihat dokumen itu.

" Saya membawa anak saya ke Melbourne sekurang-kurangnya dua kali untuk pemeriksaan pakar dan mereka mengesahkan anak saya cacat intelektual. Anak saya tidak lulus peperiksaan darjah enam pada usia 11 tahun dan juga peperiksaan Lower Certificate Examination (LCE) ketika berusia 14 tahun.

"Oleh kerana sangat lemah dalam pelajarannya, anak perempuan saya tidak tahu membaca atau menulis dalam bahasa Malaysia atau Inggeris," kata Kok Chi yang kini dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan.

Kok Chi, seorang pemimpin sukan, bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan bintang polo air negara, terlibat dalam pentadbiran MOM sejak tahun 1970-an dan pernah menjadi ketua kontinjen negara pada temasya Sukan SEA Brunei pada 1999.

Menurutnya, atlet naturalisasi itu berjumpa dengan beliau pada 2012 untuk membantu membeli hartanah itu dan beliau bersetuju untuk membeli secara bersama lot kedai itu di bawah nama Shen-Nern dan atlet berkenaan.

Katanya, beliau membayar RM1.46 juta dan membantu atlet berkenaan mendapat pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.

Bagaimanapun, katanya, pada penghujung tahun lalu, beliau mendapati hartanah itu dipindahkan kepada nama atlet itu pada Oktober 2019 tanpa pengetahunan beliau dan anaknya.

Kok Chi berkata beliau membenarkan atlet itu menjalankan operasi perniagaan di premis itu dengan tiada sewa dibayar kepadanya.

Bekas atlet naturalisasi pernah mewakili Malaysia pada lewat 90-an dan tahun 2000-an.

Bernama menghubungi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya tetapi masih belum mendapat respons sehingga berita ini ditulis.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 5 hrs 17 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 6 hrs 33 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 7 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 7 hrs 45 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 8 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 29 mins ago