Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatat trend peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut. -Gambar hiasan |
COVID-19: R-naught negara naik 1.11, Putrajaya tertinggi
Astro Awani
10/7/2021
KADAR kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatat trend peningkatan untuk hari ketiga berturut-turut.
Pada Jumaat, ia naik kepada 1.11, berbanding 1.09 hari sebelumnya.
Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya catat kadar tertinggi dengan 1.19.
Ini dikuti Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah.
Pahang mencatat kadar sama dengan purata nilai kebangsaan.
Sabah, Terengganu, Sabah, Melaka, dan Negeri Sembilan mencatat kadar di antara 1.04 dan 1.10.
Lima negeri mencatat kadar R-naught di bawah 1.0.
Ini melibatkan Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Labuan dan Sarawak.
Perlis pula mencatat satu kes baharu.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

FOR MORE NEWS GO TO:
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Julai 2021 untuk seluruh negara adalah 1.11. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/1qDpH5KZa3
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 9, 2021