Astro Awani
KUALA LUMPUR: Talian telefon bimbit milik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dipercayai digodam awal pagi ini.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Jelasnya, ia bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak yang cuba berkomunikasi dengannya menerusi talian telefon bimbit berkenaan.
Difahamkan, ini merupakan kali pertama talian telefon bimbit miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG Talian telefon digodam Saya ingin memaklumkan bahawa talian telefon bimbit...
Posted by Wan Rosdy bin Wan Ismail on Sunday, January 31, 2021