Translate

20 February 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 20 Februari 2021


Kenyataan Akhbar KPK 20 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,782 kes (244,753 kes kumulatif, 87.3%);
  • Kes baharu : 2,461 kes (280,272 kes kumulatif);
  • Kes import : Tiada
  • Kes tempatan : 2,461 kes [1,589 warganegara (64.6%); 872 bukan warganegara (35.4%)];
  • Kes aktif : 34,468 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 207 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
  • Kes kematian : 8 kes (1,051 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,001 kes (40.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 75kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus).

Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes), Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (3 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan. Kesemua  kes kematian melibatkan  warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 20 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,068 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 558 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah;
  • Jumlah kluster aktif : 510 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 91 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung Suria (64 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, dan kesemua kluster adalah kluster berkaitan tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Tanjung EnamJohorTempat Kerja
2Jalan Wawasan 14JohorTempat Kerja
3Batu Dua SetengahJohorTempat Kerja
4Jalan Lapangan TerbangJohorTempat Kerja
5Perdana TigaSelangorTempat Kerja
6Jalan Perusahaan SatuSelangorTempat Kerja
7Batu SebelasPerakTempat Kerja
8Jalan PelabuhanPerakTempat Kerja
9Jalan PasarSabahTempat Kerja
10Tapak Bina KasiaNegeri SembilanTempat Kerja

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,00193,527
SABAH10951,979
JOHOR23333,382
WP KUALA LUMPUR23033,217
NEGERI SEMBILAN8913,862
PULAU PINANG8710,461
PERAK1088,105
SARAWAK1347,758
KEDAH1017,454
MELAKA325,786
KELANTAN  2574,457
PAHANG423,694
TERENGGANU223,119
WP LABUAN02,233
WP PUTRAJAYA131,035
PERLIS3203
JUMLAH KESELURUHAN2,461280,272


LAMPIRAN 2

Kes positif 2,461 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,001 kes 
    • 409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu;
    • 348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 244 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 257 kes
    • 196 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 233 kes  
    • 106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam, Kluster Jalan Wawasan 14, Kluster Batu Dua Setengah, dan Kluster Jalan Lapangan Terbang;
    • 73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 230 kes  
    • 89 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 134 kes
    • 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 109 kes 
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pasar;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 108 kes
    • 95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sebelas dan Kluster Jalan Pelabuhan;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 101 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 89 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Kasia;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 87 kes 
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 42 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 32 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 13 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 20 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1044158122SarawakPerempuan (WN)78Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1045218917SarawakLelaki (WN)49Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan Critical Limb Ischemia
1046242026SarawakLelaki (WN)46Hospital BintuluPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1047244987PerakLelaki (WN)67Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohLaryngeal cancer
1048251342SarawakLelaki (WN)58Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1049266369KelantanPerempuan (WN)70Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit darah tinggi
1050269875SelangorPerempuan (WN)81Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1051275947SabahLelaki (WN)81Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PERUSAHAAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Beranang, Hulu Langat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 472 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERDANA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Disember 2020 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Industri Rawang Perdana, Rawang. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

  • KLUSTER JALAN LAPANGAN TERBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 482 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/6, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN 14

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265716) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 14, Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU DUA SETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-230283) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2 1/2, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PASAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-252809) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial pekerja-pekerja sebuah pasar yang terletak di Kota Belud, Sabah. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER JALAN PELABUHAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261378) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pelabuhan Utama, Taman Perindustrian IKS, Manjung. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER BATU SEBELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271720) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 11, off Jalan Kuala Kangsar, Chemor. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA KASIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Desa Kasia, Bandar Baru Nilai, Seremban. Sehingga 20 Februari 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED