Translate

19 February 2021

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 19 Februari 2021

 

Kenyataan Akhbar KPK 19 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,889 kes (239,971 kes kumulatif, 86.4%);
  • Kes baharu : 2,936 kes (277,811 kes kumulatif);
  • Kes import : 17 kes (4 warganegara; 13 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,919 kes [1,572 warganegara (53.9%); 1,347 bukan warganegara (46.1%)];
  • Kes aktif : 36,797 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 220 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 104 kes; dan
  • Kes kematian : 13 kes (1,043 kes kumulatif, 0.38%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 978 kes (33.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 72kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 730 kes (24.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 227 kes (7.7 peratus).

Sebanyak 112 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (64 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (17 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga (3) kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka dan Johor. Sebanyak 12 kes kematian melibatkan  warganegara dan satu (1) kes melibatkan bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 19 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,058 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 547 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Halban, Kluster Tombovo, Kluster Kauran, Kluster Kubang Bujuk, Kluster Tapak Bina Jalan Yap, Kluster Jalan Perwira, Kluster Jalan Indah Gemilang, dan Kluster Tembok Nanas;
  • Jumlah kluster aktif : 511 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 109 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Murni 12 (339 kes), Kluster Jalan Perindustrian Pelepas (179 kes), dan Kluster Industri Tekstil Nilai (113 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Kota MurniJohorTempat Kerja
2Jalan Murni 12JohorTempat Kerja
3Jalan Tun MutahirJohorTempat Kerja
4Jalan Indah UtamaJohorTempat Kerja
5Parit Haji KhamisJohorTempat Kerja
6Kompleks PerabutSelangorTempat Kerja
7Jalan SementaSelangorTempat Kerja
8SinggahmataSabahTempat Kerja
9KejatauSarawakTempat Kerja
10Jalan KuchaiWP Kuala LumpurTempat Kerja
11Jalan GreenSarawakKomuniti
12Bukit PetitiTerengganuKomuniti
13Kubang JambuTerengganuKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR978 (1)92,526
SABAH10151,870
WP KUALA LUMPUR227 (8)32,987
JOHOR73033,149
NEGERI SEMBILAN19113,773
PULAU PINANG18810,374
PERAK1557,997
SARAWAK199 (8)7,624
KEDAH367,353
MELAKA265,754
KELANTAN  384,200
PAHANG263,652
TERENGGANU373,097
WP LABUAN12,233
WP PUTRAJAYA31,022
PERLIS0200
JUMLAH KESELURUHAN2,936 (17)277,811

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,936 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 978 kes 
    • 256 kes daripada kluster-kluster; termasuk 31 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kompleks Perabut dan Kluster Jalan Sementa;
    • 466 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 255 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 730 kes  
    • 558 kes daripada kluster-kluster, termasuk 358 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kota Murni, Kluster Jalan Murni 12, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Jalan Indah Utama, dan Kluster Parit Haji Khamis;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 109 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 227 kes  
    • 81 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kuchai;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 199 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Green dan Kluster Kejatau;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 142 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 191 kes
    • 122 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 188 kes 
    • 110 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 155 kes
    • 123 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 101 kes 
    • 51 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Singgahmata;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 38 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 37 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Petiti dan Kluster Kubang Jambu;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 36 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 26 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 26 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 13 kes kematian pada 19 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1031180067MelakaLelaki (WN)60Hospital Melaka
1032227565SelangorLelaki (WN)70Hospital Sungai BulohPenyakit buah pinggang kronik dan obesiti
1033236789WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1034247886SarawakPerempuan (WN)84Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1035267716SelangorLelaki (WN)75Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, strok, dan jantung
1036270794WP Kuala LumpurLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan sakit jantung
1037270796WP Kuala LumpurLelaki (WN)67Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1038270797WP Kuala LumpurPerempuan (WN)66Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan sakit jantung
1039270856WP Kuala LumpurLelaki (WN)59Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan psoriasis
1040271824SarawakLelaki (WN)60Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan Schwannoma
1041273168SelangorLelaki (WN)82Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, jantung, strok, dan Parkinson Disease
1042273917JohorPerempuan (WN)59Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1043270819WP Kuala LumpurLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital Tung ShinPenyakit jantung

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER KOMPLEKS PERABUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Kompleks Perabut, Kampung Olak Lempit, Banting. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEMENTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa, Seksyen 27, Shah Alam. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MURNI 12

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Jalan Murni 12, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 3,584 individu telah disaring, di mana 339 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KOTA MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah syarikat perkhidmatan yang tinggal di Jalan Kota Murni, Taman Industri Kota Murni, Batu Pahat. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDAH UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265634) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak di Jalan Indah Utama, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TUN MUTAHIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-268611) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 124 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PARIT HAJI KHAMIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247494) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Parit Haji Khamis, Mukim Simpang Kanan, Batu Pahat. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KEJATAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-277455) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kejatau, Sri Aman. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GREEN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271923 dan kes ke-271924) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan tahanan. Kluster ini melibatkan sebuah perhimpunan yang berlaku di Jalan Green, Kuching. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 148 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUCHAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Lembah pantai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 365 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

  • KLUSTER SINGGAHMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-259730) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Singgahmata, Lahad Datu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT PETITI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-269157) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks yang menetap di Kampung Bukit Petiti, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUBANG JAMBU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-266437) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Kampung Bukit Kubang Jambu, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED