Translate

22 February 2021

Residensi Prihatin - Projek Rumah Mewah Pada Harga Mampu Milik

Salah sebuah projek perumahan Residensi Prihatin yang akan dibina di Putrajaya.

Residensi Prihatin projek rumah mewah, harga mampu milik

Astro Awani
22/2/2021

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyasarkan sebanyak 40,000 unit rumah menerusi Projek Residensi Prihatin akan dibangunkan membabitkan tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi sasaran itu, sebanyak 20,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 15,000 unit di Putrajaya manakala 5,000 unit lagi di Labuan.

Bagaimanapun menurut Annuar, perkara itu juga akan mengambil kira permintaan terhadap rumah mampu milik dari semasa ke semasa.

"Apabila saya dipertanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, antara perkara awal yang saya lihat secara mendalam adalah masalah sejauh mana rakyat dapat kemudahan perumahan.

"Saya dapati, walaupun banyak program termasuk Residensi Wilayah dibuat, tetapi masih ramai yang tidak mampu (membelinya) dan ada yang menyebut sesetengah rumah yang dibina hanya mampu lihat, tidak mampu dimiliki.

"Oleh itu, kementerian sentiasa prihatin dengan keperluan perumahan dalam kalangan rakyat dan kami mengambil pendekatan proaktif dengan menyediakan rumah mampu milik bersasar mengikut kategori pendapatan.

"Sehubungan itu, sasaran untuk membina rumah mampu milik itu juga diambil kira melalui jumlah permintaan orang ramai khususnya mereka yang tidak berpeluang membeli rumah bernilai RM300,000 yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini," katanya kepada Astro AWANI di sini, baru-baru ini.

.
Terdahulu beliau melancarkan projek pembinaan Residensi Prihatin membabitkan 12,000 unit di sekitar Putrajaya.

Mengulas lanjut, Annuar menyifatkan, konsep pembinaan Residensi Prihatin adalah lebih berkualiti setanding dengan kondominum meskipun ditawarkan pada harga mampu milik.

Ini kerana, jelas beliau, pembinaan projek berkenaan tidak tertumpu kepada keuntungan semata-mata, sebaliknya untuk menjayakan keperluan rakyat serta agenda kerajaan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2020 (WKB2020).

"Rumah ini tidak lagi berupa konsep Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak mempunyai kemasan seperti mana yang ada pada rumah bertaraf kondominium selain kemudahannya amat terhad.

"Jadi, semua pemaju yang membangunkan projek ini tidak terlalu menumpukan kepada keuntungan semata-mata, sebaliknya penting bagi kami agar rumah yang dibina ini adalah rumah berkualiti meliputi semua kemudahan seperti keluasan selesa, tadika, dewan, surau atau masjid, kedai, taman permainan, gelanggang futsal dan ruang tempat letak kenderaan yang mencukupi.

"Dalam erti kata lain, projek Residensi Prihatin ini adalah projek perumahan kondominium mewah tetapi ditawarkan pada harga yang mampu memilikinya," ujarnya.
.
Dalam pada itu, beliau menambah, projek Residensi Prihatin yang dibangunkan di Kuala Lumpur akan melibatkan pembangunan semula di tapak perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia ada.

Ujar beliau, rumah yang dibina sekitar 30 tahun lalu tidak relevan untuk didiami khususnya melibatkan kawasan Perumahan Awam (PA) yang hanya mempunyai satu dan dua bilik sahaja.
.
"Projek ini kita akan bangunkan di tapak-tapak perumahan DBKL dan antara projek pertama yang akan terlibat dengan pembangunan ini ialah PA Seri Labuan di Bandar Tun Razak.

"Akan ada PA lain yang akan dibangunkan semula demi keselesaan penghuni dan saya percaya mereka amat mengalu-alukan pembangunan ini untuk kepentingan penduduk di perumahan tersebut," katanya lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED