Translate

17 February 2021

Polis Tahan Pengasas Produk Kecantikan Berhubung Video Cium Bibir Kanak-Kanak - Video


Cium bibir kanak-kanak, pengasas produk kecantikan ditahan  

  Polis tahan pengasas produk kecantikan berhubung video cium bibir kanak-kanak

BERNAMA
17/2/2021

KUALA LUMPUR:Polis menahan seorang pengasas produk kecantikan semalam bagi membantu siasatan selepas satu klip video yang memaparkan perlakuan lelaki berkenaan mencium bibir kanak-kanak lelaki, menjadi tular.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa suspek ditahan di rumahnya di sekitar bandar raya, dan kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 bagi menyiasat kes itu.

Semalam video yang mempaparkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya menjadi tular di media sosial.

Lelaki itu dikatakan memuat naik beberapa video yang memaparkan perlakuan sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya, yang kini sudah dinyahaktifkan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Police Looking For Cosmetics Company Founder Over Child Kissing Video

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED