Translate

22 February 2021

Polis Bongkar Cubaan Seludup Keluar Dadah RM9.5 Juta Ke Acheh - Video

Penang cops bust drug smuggling ring, seize RM9.49mil of syabu
Polis bongkar cubaan seludup keluar dadah RM9.5 juta ke Acheh


Astro Awani
22/2/2021

GEORGE TOWN: Cubaan satu sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup keluar dadah jenis syabu dari Pulau Pinang ke Acheh, Indonesia gagal dengan penahanan lima lelaki termasuk dua dalang utama sindiket berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata susulan itu juga Pasukan Polis Marin (PPM) negeri berjaya merampas 245 bungkusan dadah bernilai RM9. 5 juta dalam dua serbuan pada 17 dan 18 Februari lepas.

Beliau memaklumkan menerusi operasi Op Benteng COVID-19, dua lelaki warga Indonesia telah diberkas dengan tangkapan pertama di Perairan Pantai Teluk Tempoyak, Bayan Lepas sewaktu suspek sedang menaiki sebuah bot gentian kaca.

Hasil soal siasat membawa kepada tangkapan tiga lelaki tempatan termasuk seorang suspek dipercayai dalang dalam serbuan berasingan di sekitar Bayan Lepas dan Juru, Bukit Mertajam.

Sahabudin berkata, dua lelaki Acheh terbabit yang berusia 29 dan 37 tahun dipercayai masuk ke negara ini untuk mengambil bekalan dadah.

"Hasil siasatan dijalankan unit risikan, suspek mendedahkan lokasi pondok nelayan. Pada jam 4 pagi pasukan polis marin telah membuat serbuan dan menahan lelaki tempatan, suspek ditemui dalam bot fiber.

"Hasil pemeriksaan menjumpai plastik dan pemeriksaan lanjut menemui sebuah kereta putih diletakkan di hadapan pondok. Pemeriksaan menemui 115 bungkus plastik disyaki syabu dan dadah yang telah diubah suai 245 bungkusan," katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, modus operandi kegiatan sindiket ini ialah dengan menyembunyikan dadah di dalam bot dan juga kereta sebelum menyeludup keluar dadah yang dipercayai diperolehi dari Thailand itu.

Sahabudin percaya sindiket berkenaan beroperasi sejak Disember tahun lalu dan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat transit dadah sebelum ia diseludup keluar ke Acheh, Indonesia.

Katanya lagi, sindiket itu juga dipercayai menjalankan operasi pengedaran dadah di perairan negara bagi mengaburi pihak berkuasa khususnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain dadah, polis turut menyita empat jenis kenderaan yang dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti jenayah, barang kemas dan wang tunai.

Kesemua mereka ditahan reman sehingga 23 Februari ini untuk membantu siasatan.

Hasil ujian air kencing ke atas dua lelaki Acheh negatif dadah manakala ujian ke atas dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai nelayan dan buruh adalah positif dadah.

Ujian ke atas pemilik bengkel bagaimanapun negatif.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED