Translate

08 February 2021

PKP: Sewa Vila Sambut Hari Lahir, 17 Dikompaun



Sewa Vila Sambut Hari Lahir, 17 Individu Dikompaun  

PKP: Sewa vila sambut hari lahir, 17 dikompaun

BERNAMA
07/02/2021 

LANGKAWI, 7 Feb -- Polis mengeluarkan kompaun kepada 17 individu kerana mengadakan sambutan hari lahir semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sebuah vila di Ulu Melaka, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata, anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) PKP dipatuhi, telah mengesan kehadiran sejumlah kenderaan yang banyak serta bunyi bising dari vila tersebut, pada jam 1 pagi.

“Semasa pemeriksaan, terdapat 13 lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 32 tahun, di dalam vila tersebut.

“Kumpulan tersebut yang tinggal di sekitar pulau ini telah menyewa vila tersebut, untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir seorang rakan mereka. Bagaimanapun ketika pemeriksaan, rakan yang diraikan itu tidak berada di lokasi tersebut kerana pulang sebentar ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Shariman berkata semua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, sebelum dibebaskan.

“Saringan air kencing ke atas mereka juga didapati negatif,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga ' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Nazrin berkenan rasmi Gerbang Suria UPSI | ' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago