Translate

02 February 2021

PKP 2.0 Dilanjutkan Di Seluruh Negara Dari 5 Februari Sehingga 18 Februari Kecuali Sarawak


 

 

PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.

"Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Rentas negeri sehingga har ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.

"Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


 PKP 2.0 dilanjutkan di seluruh negara dari 5 Feb sehingga 18 Feb kecuali Sarawak - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED