Translate

02 February 2021

Penganggur dipercayai pecah cermin kereta ditahan


Source: Info Roadblock JPJ/POLIS

Penganggur dipercayai pecah cermin kereta ditahan

BERNAMA
02/02/2021 

KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Polis menahan seorang pengganggur kerana disyaki memecahkan cermin kereta milik seorang wanita seperti yang tular di media sosial menerusi rakaman video di Jalan Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail dalam kenyataan hari ini berkata suspek lelaki berumur 29 tahun berkenaan dikesan setelah wanita berusia 34 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian khianat itu selain set radio keretanya didapati hilang.

“Mangsa dengan bantuan keluarganya kemudian berjaya menemui suspek dan telah berlaku sedikit pergelutan sebelum (suspek) diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Suspek juga mempunyai rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah,” katanya di sini.

Menurut Rajab, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan.

Semalam tular, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki ditahan orang awam susulan dipercayai terlibat memecahkan cermin kereta milik seorang wanita.

Rajab Ahad dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, agar menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Azizul Mohd Taib di talian 014-266 4320, Pegawai Penyiasat Kanan ASP Shahrizal Salleh di talian 017-713 4705 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED