Translate

18 February 2021

Pelakon Hannah Delisha Selamat Berkahwin Dengan Pelakon Singapura Imam Shah - Video


 



Hannah bergelar isteri Imam Shah

Berita Harian
18/2/2021

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun menyulam cinta akhirnya pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Hannah Delisha memilih bintang dari Singapura, Imam Shah sebagai suami.

Hannah dan Imam disatukan dalam ikatan suami isteri dalam majlis akad nikah yang diadakan di Singapura, hari ini.

Pelakon filem Langsuir itu mengejutkan ramai dengan berkongsi foto berpakaian pengantin di sisi suaminya dalam entri Instagram (IG), petang ini.

"Akhirnya, selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah," tulis dalam kapsyen gambar.

Menarik perhatian, bapa Hannah, Peter Birch memberi komen dalam entri IG anaknya.

"Saya bangga dan gembira untuk kamu anakku. Saya mendoakan kamu dan Imam memperoleh kegembiraan dan sukses hidup bersama," tulisnya.

Sementara itu, Imam pula menerusi IG turut memuat naik foto sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang melonjak populariti menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.

Imam memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis perkahwinannya dengan Hannah berjalan lancar.

"Selalu bersama awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

"Saya cintakan awak, Hannah Delisha," tulisnya dalam entri berkenaan.

Ketika ini, syarikat pengurusan Hannah memaklumkan kenyataan rasmi akan menyusul tidak lama lagi.

Difahamkan, majlis akad nikah Hannah dan Imam hanya dihadiri keluarga terdekat.

Hannah dan Imam dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta ketika berlakon bersama di Singapura.

Source: Berita Harian

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED