Translate

19 February 2021

Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat di Janda Baik Malam Ini




MT UMNO bermesyuarat di Janda Baik
ASTRO AWANI
Februari 19, 2021 20:33 MYT




Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT malam ini. - Astro AWANI

BENTONG: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT malam ini.

Mesyuarat yang dijadual pada pukul 8.30 malam ini dijangka dipengerusikan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber memaklumkan, mesyuarat pada malam ini digambarkan penting khususnya dalam mencorak hala tuju parti Melayu itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Difahamkan, mesyuarat MT akan turut menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO dalam usaha mengukuhkan parti itu.

Terdahulu, pemerhati politik berpandangan bahawa penting untuk UMNO membuat keputusan berhubung perkara tersebut bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN); BN; serta Pakatan Harapan (PH).

Setakat ini tidak dapat disahkan individu yang hadir memandangkan media tidak dibenarkan berada di pintu masuk bangunan ILMU.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED